Monday, December 16, 2013

...

Can we cancel everything?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 15, 2013

abc

Words can cut and heal

Memang betul. Kadang-kadang tanpa sedar orang yang kau harapkan yang melukakan kau. Lepas tu..ignore?

Bagus.

Start dari harini akan ignore kembali. Rasakan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, December 11, 2013

11/12/13

Cantik tarikh ni. Rasanya perlu tulis sesuatu.

11/12/13

Ok dah.
Bye!

:p

Aku terlupa bila facebook aku di godam oleh orang tak bertanggungjawab, mungkin tarikh ni tapi setahun yang lalu. Mungkin jugak tidak, lupala ah..tapi memang bulan 12.

Sungguh tak bermoral.
Sudah la menggodam, mencarut pulak tu dengan kawan-kawan aku.

Tapi funny, terasa popular pulak. Hihihi.

Bye! Sambung buat kerja.



Thursday, November 21, 2013

Simpati

Tadi ada seorang guru mengadu nasib. Simpati.
Betul.

Dalam kerja pun ada politik. Itu normal aku rasa?
Orang kerdil selalu jadi mangsa.

*geleng kepala




Avicii - Wake Me Up

Aku suka dengar lagu ni.
Terasa sesuatu bila part.


"So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm olderAll this time I was finding myselfAnd I didn't know I was lost"

Biasalah fee feling sikit.
Macam kene je dengan situasi sekarang.


Aaa jangan kacau mood best ni. Shuuh!





Eh jap,

Tak sangka video klip dia betul betul ada orang naik kuda.

Awak betulla.


Bye

Wednesday, October 23, 2013

Video

Aku tengah mengupdate nama-nama student. (kan tengah kerja, aku meng-ular kejap sss sss sss) Muka student sama je semua aku nampak.

Pening lalat dibuatnya.

/

Dari hari tu aku nak tengok video ni. Tapi sampai sekarang tak tengok. Nak tengok sekarang, macam line tak clear je, belakang aku ni dah la cctv. (Entah on entah tak aku tak tau)

Baik aku post dulu video nye dulu dekat sini.

In case aku nak tengok, tak adalah aku menyayah-nyahyah nak cari.



Bye.

Sunday, October 20, 2013

Stop Comparing

Stop comparing.

Kau yang sakit sendiri.
Terima kasih.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, October 18, 2013

How Time Flies


Tak sangka hampir setahun berlalu. How time flies. 



Thursday, October 17, 2013

Wordless Wednesday

Wordless wednesday yang ke 844625272

Dasar lupa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 16, 2013

Untitled

Hati baru pulih dari amarah.

Yay!

Bosan bila marah tapi lambat betul nak reda.
Lagi bosan bila "nampak" je berapi api.

Lagi marah bila tak ada yang nak padam api marah. Makin la berapi.

Tanam dalam kepala ni, bila marah berapi sila la ambil air padam api marah sendiri. 

What to Expect When You're Expecting

Terima.

Eh!

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, October 7, 2013

Manusia

Betullah dalam hidup ni tak semua apa kita nak akan dapat.

Kalau dapat tu Alhamdulillah.

Kalau tak bersyukur lah.

Tapi manusia memang selalu akan cuba dan cuba untuk dapat apa yang diri sendiri mahu.

Walau benda tu mungkin tak sesuai?

Atau memang tak mungkin.

Hurm.

Walau dah hampir 8 bulan, masih tercari cari manusia yang sama sifat sama manusia ni dalam diri manusia lain.

Tak mungkin.
Ini realiti.

Tanam dalam-dalam, dalam diri.
Setiap manusia ada kod tersendiri.
Unik.
Luaran sama tapi bukan dalaman.

Terima la hakikat wahai manusia aneh.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 7, 2013

Terima kasih

Kepada yang berkenanaan,

Terima kasih untuk semua cerita.
Terima kasih untuk semua cd.
Terima kasih untuk semua buku.
Terima kasih untuk barang.
Terima kasih untuk masa.
Terima kasih untuk semua yang tak dapat dipulangkan.

Terima kasih.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, September 4, 2013

Banjir

Semalam hujan lebat. Paling mendebarkan bila hujan ni bukan sebab takut basah, tapi banjir! ^^”

Memandu dalam banjir, memangla cemas lagi mendebarkan. Yela, mana tak cemas kalau tiba-tiba kereta berhenti tengah-tengah banjir tu. Tengok kiri kanan, rupanya kereta kita terkapai-kapai tengah banjir tu
Argh!

Ada beberapa perkara je yang aku ingat bila memandu dalam banjir ni. Entah betul, entah tak, aku tak tahu la, ni semua aku pandai-pandai ikot teori sendiri.  

1. Bawak perlahan
Sebab bila bawak perlahan kocakkan air pun perlahan, percentage nak termasuk dalam enjen-enjen kereta mungkin tipis?

2. Jangan tekan break
Sebab mengikut teori sendiri, kalau kita tekan break automatic air akan masuk dalam enjen, nanti habisla kereta terberhenti?

Tapi banjir yang aku selalu terkena ni banjir tak tinggi pun, parat separuh betis? Kot. Ni kira pernsaliran air tak betul la ni, tu sebab terjadi banjir kilat?

Kalau banjir yang betul betul banjir, (O.O)” GULP!

Bye

Ps: Kesejukkan luar normal sekarang ni. Bos tak ada, hewhewhew!




Tuesday, August 6, 2013

Seni & Hari Raya

Bab bab seni ni memang la memeningkan kepala secara tiba-tiba. “Bila u nak buat decoration raya?” …krik krik krik (bunyi cengkerik) bisu tak ada jawapan.

Ingat lagi masa sekolah, seni  la subjek yang paling KALAU boleh aku lari balik rumah tido, dah lama aku buat.

Seni itu indah, bagi yang berseni. Bagi yang Cuma reti berangan tapi tak reti nak menzahirkan ni memang mengecewakan. Lukis, padam, lukis, padam, kertas koyak, fedup.

Iklan. Seni ni meluas, context seni yang aku maksudkan sekrang macam mendeco, melukis dan apa-apa yang berkaitan santan lodeh.  

Mujur la Ibu selalu ada, dia la yang selalu mententeramkan jiwa yang berkecamok bila tiba waktu seni. Ibu lukis, aku tengok, bawak kat sekolah, lukisan kena gantung, weehu! (dah lama simpan rahsia ni :P)

Nah, hasil dari orang yang tak berseni.  Untuk tatapan masa hadapan. Semoga anak-anak aku nanti berseni orangnya. Tak payahla mak kamu ni pening-pening kepala nak lukiskan kamu punya kerja seni macam nenek awak buat kat mak awak ni. HAHA

Bye!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin


Purposely letak gambar si Khaled ni, baju dia sama colour Haha

Sunday, July 7, 2013

Tips Budget Pulau Redang


Pulau Redang
Redang Mutiara

Pergi sini bulan lima yang lalu. Plan tak sampai sebulan. Tiba-tiba je popup rasa nak pergi, terus nak. Macam kalau kau kecor ataupun mengidam sesuatu, tak kira apa jadi kau nak jugak. Samalah. Hehe mujur ada kawan yang nak follow, kalau tidak, ada kang aku pergi lone ranger.

Kononnya nak buat ni satu destinasi budget. Tapi, memandangkan masa nye yang tak sesuai, memang tak jadi budget la. Over budget tak berapa nak over, okayla cuti cuti Malaysia kan.

Berdasarkan pengalaman yang ini, aku listkan macam mana nak jadi ke Pulau Redang sebagai destinasi budget ya.

1.     Tarikh
Tarikh ni sangatla penting. Bila kau pergi. Kalau betul kau nak budget, sila pilih tarikh yang BUKAN cuti sekolah. Weekadays kalau boleh, Ahad hingga Khamis. Normally, mereka ni aka nada surchage lagi-lagi cuti sekolah, kene tambah la dalam RM50-RM100 depends dengan chalet mana kau stay.

2.     Chalet/resort/penginapan
Kalau kau nak budget, pilihlah chalet-chalet yang bukan nya 5 stars. Kau kata nak budget? Yang simple, ala-ala suasana kampung ok la kan? Kalau dah 5stars, huh itu bukan budget.

-       Redang Mutiara (Recommended- sebab kami stay sini!)
-       Redang Bay Resort
-       Redang Lagoon
-       Redang Reef Resort

(Klik untuk tumbesaran, haha salah untuk ke official website mereka)
 
3.     Berapa ramai
Berapa ramai yang akan mengfollow kau ke sini. Bila kau tahu berapa ramai, kau boleh la amek package-package yang ada disediakan oleh pihak chalet mana kau nak stay. Masa aku pergi tu, ada satu family ni dalam 7 orang, mereka kena bayar untuk harga 4hari 3malam dalam seribu lebih tak sampai dua ribu. Haaa berbaloi idok?

Maka, silalah confirm dengan rakan handai, saudara mara ke berapa ramai nak pergi. Bolehla budget nak pilih room yang bagaimana. Duluxe ke, family room ke seaview room ke..ok?

4.     Pengangkutan ataupun transportation
Ada banyak cara kau nak kesini. Samada melalui udara dan darat. Laut tu tak delah kot, lain la kalau kau bercruise?

Paling jimat! Naik bas! Tapi serius sakit pinggang belakang. Aku dari JB ke Kuala Terengganu 9 jam? Itu belum driver bawak ala-ala selamat gitu. Pengalaman, haritu aku naik bas pukul 1 petang, sampai Jb pukul 12 malam. Peeergh, tak tau nak cakap macam mana keadaan makcik masa tu, dah macam udang pun ada. Kalau la kau faham apa maksudnya. Mengkrekot? 

Naik Keretapi? KTM? Ada ke ea, aku tak google pulak. Naik belon? Bolehla usya-usya tambang tambang murah. Firefly ada ke sini. Mas pun ada tapi Airasia? aku tak berapa pasti. Jap! googling....update! ada, tapi dari LCCI, dari Senai bagi warga Johor tak ada ya. 

Yang ni, kau kena la rajin sikit, mana tau Airasia bagi promo KL ke KT RM2? ^^v

Takpun kau drive je la? Minyak kira sendiri la ea. Nak jimat memang bas la, RM42.30 sehala JB ke KT :p 

5.     Berapa lama
Berapa lama kat sini, maksudnya berapa lama kau nak bercuti. Pada aku, at least la at least, 4 hari 3 malam baru rasa sedikit puas. Kalau tak puas-puas gak sila menetap kat sana terus senang ^^V 

Tapi kalau nak budget, 2 hari 1 malam pun ada, tapi rasanya penat perjalanan pun tak hilang dah kena balik semula kan? kan? eh tapi ikot suka la, berapa hari sekali pun. My suggestion, 4 days 3 nights :D

6. Duit poket
Duit poket, bawakla secukup rasa, macam memasak letakla garam secukup rasa, sama la konsep nya. Kalau macam dekat Redang Mutiara ni memang tak adalah ATM machine, tempat lain? hurm tak tau la pulak ea ada ke tak..Tak perlula kot nak bawak sampai ribu-ribu in cash? ingat budget ni budget..

Ok,
itu je kot. Harap membantu. 

Hahaha

Selamat bercuti! 

Bye.

Saturday, June 29, 2013

Messy

Akhir akhir bulan macam ni biasala, kerja memang la banyak. Tersentap sekejap bila T (bukan nama sebenar) kata “hey, Farah your place is messy. I don’t know how you work like this”

Fine.

Mengadu dekat Gadong’s Babe thru skype seperti biasa. “Meja pekerja mana ada kemas, lainla meja pekerja kat tv”

Betul juga kan?


Ps: Meja akan kemas bila masa aku cuti dan balik je. Huh! 

Tuesday, June 18, 2013

Rawak #9

Ternampak ini dekat facebook.


:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa Abah

Hi Abah,

Selamat hari bapa untuk abah.

Lama tak dengar kabar berita. Semoga abah sihat di samping keluarga.

Terima kasih sebab ajar qila jadi seorang yang berhati hati, senang jatuh hati.

1 qila ingat tentang abah, kalau abah cakap sangatla slow sungguh. Abah suka makan jemput jemput gila keras. Haha ops,  dan muka kita sama, ada 2 pupu qila cakap qila ni abah versi perempuan ^^v

Oklah. Bye! Jumpa raya nanti..Insyaallah.

:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 13, 2013

Rawak #8 Salam Rindu

Bulan 6 yang dinanti setiap tahun dah tiba. Yay!

Tapi kenapa aku rasa bulan 6 tahun 2013 sangat cepat berlalu. Tengok, harini je dah 13 haribulan. Lagi 2 minggu bulan 7? Tak sangkanya.

Sudahlah. Jom dengar lagu Salam Rindu. Ada orang tu dedicate..^^V

1st time dengar terus suka. Tenkiu.

Sini sini klik sini

ps: macam mana ntah nak share youtube ke blogdroid ni. Cube cuba tak jadi..grrr

Bye!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, June 12, 2013

Rawak #7 Harap Maklum

Gambar lagi.

Ini kalau nak tahu, gambar paling sayu pernah aku rasa. Gambar paling sayu pernah aku tangkap.

Kenapa?

Kau nampak pulau besar belah kiri? dan 2 pulau kecil tengah tengah? 2malam kami menggila di sana.

Ahhh

Makin lama makin jauh. 45 minit berferri.

Sanggup duduk paling belakang ferri semata mata nak ini. Nak perasaan ini.

Harap maklum

ps: sendiri cari penyakit, sendiri tanggung

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 11, 2013

Rawak #6 Hoy

Tak taula kenapa suka sangat tengok gambar ni. Boleh dikatakan hari hari tengok sejak wujudnya gambar ni, sebelum Lea(yang paling kiri) mengupload gambar ni ke facebook. Hahaha baru ingat nak buat stok perasan.

Muka masing masing, gelap 2kali dari biasa. Hehe lagi lagi muka perempuan belah kanan ><"

Rindu sebenarnya.

Malam sebelum gambar ni wujud, kami buat kerja aneh. Aku dan Lea baring dekat pasir pantai ni dari pukul 10 malam sampai 12 malam. Tengok bintang kononnya, padahal masing-masing tertidur. Hahaha

Perempuan belah kanan sekali terbangun itupun sebab terdengar suara brother brother snorkling berborak dengan rakan baringan kami. Aku lupa siapa nama dia. Bangun bangun mamai sekejap "cari apa?" "selipar" "tu haa sana" Hahaha

Aku, Lea bangun dari situ konon nak sambung tidur dalam bilik. Sekali pulas tonbol pintu, "fuuuyoo! peti ais ke chalet ni" Hahaha terus kami ambil bantal duduk atas kerusi depan chalet. Sejuk mengalahkan paras beku.

Tiba tiba Abang Din datang campak tikar. Ambil kayu. "hoy apa tengok, sini ah tolong"

Baik sungguh. Dia tolong ratakan pasir untuk bentang tikar untuk buat kami tidur separuh selesa. Auw terima kasih! Jelas agaknya muka kami yang kecewa chalet sejuk sangat.

Ijan(perempuan tengah tengah) di paksa oleh perempuan belah kanan baring sekali tengok bintang second round kononya. Dari pukul 12 malam sampai 2 pagi.

Bertiga kami baring/tidur.

"Bila kau dah sampai tol nanti, mesti semua masalah kerja kau akan datang balik, tak rasa setenang ni lagi" - Abang Din

So true.

28/05/13

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 9, 2013

Rawak #5 Ku Tiba Lagi

Watch "Ku Tiba Lagi - Hyper Act.(OST L.H aka Lukisan Hati)" on YouTube

Ku Tiba lagi mengembalikan memori masa di Terengganu.

Terdengar lagu ni masa dalam kereta Viva sorang brother ni, kawan Pakcik Mansour menuju ke bus station.

Tiket bas Lea masa ni pukul 1, masa tu dah pukul 12. Gila rush sebab dari Jeti Merang nak ke sana adalah dalam 50minit? Dengan brother ni yang ramah asyik bercakap dan hanya beberapa je perkataan yang aku faham. Macam derah, dok, baik, tolong. Maaf brother, demi mengelakkan kekecilan hati aku angguk angguk jugakla 2 3 kali tanda faham? hahaha

Sampai tepat pukul 1. "Niat baik, Allah tolong" kata brother tu.

Terima kasih ya!


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 20, 2013

Rawak #4 Bye Mun

Harini datang ke tempat kerja terasa sayu pula hati.

Tak tahula samada pengaruh lagu Iklim, Bukan ku Tak Sudi yang aku dengar berkali kali sampai pengsan ke hape.

Tak pun ni semua salah si Afiq Mukris? tertengok Galaksi tv9, habis cerita gosip Afiq ni keluar lagu ni.  Grrrr mengembalikan memori lalu haku aja! ><"

Setiap permulaan ada akhiran nye kan?

Well

Munirah doakan awak berjaya dengan apa je awak buat. Nanti kita pergi Kedah jangan lupa jadi tour guide free okay? ^^v

Bye Mun..

ps: anehnya muka farah aqilah dalam gambar ni. Where is my pipi?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 16, 2013

Chinatown


Hi

Ini adalah post backdate juga. Tapi tak berapa nak backdate sangat. Pergi this year lagi seminggu nak Chinese New Year kot? Eh jap yeje Aqilah ni, oh! 28 January 2013 (mujur aku tulis) Seminggu la ea? Aaaa aaaa abaikan je la ^^" 

Pergi berempat. Candy, Rizah, Kakak Rizah dan aku ler. 

Malam sebelum nak pergi sini. Ada juga buat sedikit research haha. Iyela, tak nak pisang berbuah dua kali. Sebab sebelum ni beriya nak pergi Arab Street tapi disebabkan malas nak buat research, kononnya senang la ni. Tiba kat sana, terpinga-pinga bercampur sesat lagi =p Itu nanti la post akan datang ^^v

Nak ke sini. Mudah je. Lagi-lagi naik MRT. 
Kranji (North South Line, Kaler Merah) --> Dhoby Ghout (Interchange, North East Line, kaler purple) --> Chinatown

Melalui research 2 jam malam sebelum ke sini. Ada beberapa tempat wajib pergi kat sini. Antaranya:
1. Buddha Tooth Temple
2. Chinatown heritage centre
3. Jamae mosque
4. Singapore coins and notes museum
5. Tintin shop
6. Seri Mariamman temple
7. Baba house dan banyak lagi.

Tapi list 7, sebab kang kalau list banyak-banyak tak termampu kami mencari nya. Kami dapat pergi no 2, 4, 5, 6,7? tengok kat luar je, sebab ramai gila orang. 5 over 7, okayla kan, pass ni kalau exam, hehe.

Tapi! yang masjid tak nampak langsung. Puas pusing. Salah jalan kot? 

Dan mengikut research 2 jam juga. Aku dapat tahu, kat sini ada banyak jalan, tapi yang aku pergi cuma beberapa jek. Sebab erm dah tak larat nak berjalan =p 

Dan setiap street lain-lain yang diniagakan. Ini memang betul. 3 ni je yang kami lalu. 
1. Temple street - Kat sini la kitaorang jumpa Seri Mariamman temple dan kat jalan ni banyak jual houseware macam blender la macam-macam la.
2. Trengganu street - Sini banyak orang jual makanan, kiteorang lalu laju-laju kat sini.
3. Chinatown street market/ Pagoda street - Oh ini turun turun dari mrt, jalan sikit aku rasanya ini la chinatown street market dia, haha ramai betul. Kat sini la ada no 2, 4, 5, dan 7. Oh yeeh.


Ok tamat. Sila lihat gambar di bawah, kalau mahu.. 
































Mumumumu !

Bye bye! 


For more information do visit their website, http://www.chinatown.sg/

Tuesday, May 14, 2013

Rawak #3 Wordless Wednesday

Aku tertanya tanya, ada lagi blogger yang masih gigih ber wordless wednesday?

Kalau ada, aku kagum dengan korang. Dulu pernah berkobar kobar nak ber wordless wednesday ni, konon untuk memori tapi aaaa ^^" hangat hangat itukan suam hehe.

Terengganu..

"Hey Norizan, Candy, Azalea..lebih kurang seminggu lagi!!"

...Ini juga aku consider wordless wednesday walau aku terpost sabtu malam. Sila rujuk gambar.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 13, 2013

Rawak #2 Konpius

Semenjak dua menjak ni. Setiap kali datang office aku akan start counting. Counting bila nak pukul 5.30pm.

Ah sindrom apakah, aku pun confius. Rasa tak sabar tak sabar nak balik tu mengalahkan tak sabar tak sabar nak jumpa orang tu. Hehehe :p

Ayat ini..

"Farah, if you need anything, a n y t h i n g just let me know okay?"

Confius disitu. Tapi ya, penghibur semasa di ofis budak budak ni la.

Terimas kasihs. Mujur ada mereka. Kalau tidak memang dah lama cabut kaki. Sayonara..

ps: Candy, Munirah sobs! sampai hati kalian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rawak #1 Kau Dah Fikir Masak Masak?

Aku tengah duduk depan kipas.
Memang dah jadi satu rutin setiap malam duduk depan kipas menghadap jam sambil kaki bersila henpon di tangan.

"Kau dah fikir masak-masak?"

Jawapan yg lahir dari hati, dah! Anak ibu ni dah fikir semasak-masaknya. Kalau ibarat masak meggi air meggi dah lama berbuih, kering, terus tersejat.

Hampir betul kata kata ni.

When everything is against you, even yourself, that is when you know what you're doing will change your life for the better.

Ah doakan yang terbaik untuk diri sendiri. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 5, 2013

UNDI !

Muka surat 11. Nur Farah 'Aqilah bt Mohd Fadzil. Ni tulis guna tangan kanan ke kiri?

Kanan

Ok, meh tangan kiri.

Jari kelengkeng boleh tak en?

Tak boleh tak boleh, jari telunjuk je

Tehee! :3

Hehehe mak  nerves + excited 

ps: tak nak k i t s i a n g menang, noooooooooo please.

05/05/13
PRU13

Sunday, April 21, 2013

The Croods (Movie)


There's no place like home. Even if it's a cave.

4.5/5 stars

ps: watched this movie a month ago

with... :)

Sunday, April 14, 2013

Thank You





:) 

Sunday, March 17, 2013

Fishing Bay, Teluk Buih Mersing

Mersing
Ini adalah post backdate. Hehehe semua post aku sekarang ni backdate. 
Pergi sini pada hurm tak boleh nak recall. Tapi somewhere in May? June? August? 2012 (^_^)" 

2 hari 1 malam 

Terima kasih dekat Faradila sebab dia organize benda ni. Actually ni salah satu company trip dia, hahaha kami-kami ni menumpang jek. Alasan kenapa kami patut ikut sebab 90% kawan sekerja Faradila ni lelaki, kalau dia pergi tak seronok. Tak adalah orang nak camwhore macam kami. 

Pergi sini hari sabtu. Balik dari kerja terus shoot ke sini. Perjalanan mengambil masa 3 jam! Dan ni jugak 1st time aku pergi Mersing drive. Kami lalu highway kota tinggi kemudian terus je la sampai la ke Mersing. Jalan dia boleh tahan adventure. 

Penat jangan cerita. Tapi once dah sampai, penat hilang..

KAMI! Ni baru je sampai. Nak ambil kunci bilik. 
Aktiviti tak ada sangat kat sini. Dia lebih untuk melayan perasaan :P Tapi heaven la bagi lelaki, sebab boleh memancing :D

Hari 1
3.00 - 6.00 pm = JB ke Mersing
6.00 - 6.30pm = Checkin
6.30 - 7.30pm = Makan keropok lekor
7.30pm - 8.30pm = Berehat-rehat di chalet, buat la apa-apa yang patut
8.30pm - 1.00am = Bbq

Hari 2
5.30am - 7.30am = Jalan-jalan sekitar Fishing Bay. Tengok sunrise.
7.30am - 8.00am = Breakfast
8.00am - 10.00am = Mandi manda
10.30am - 12.00am = Kemas-kemas, Lunch! Checkout.
12.30pm = Heading back to Jb
-  The End -

Itula roughly apa kami buat kat sana. Masa on the way balik, sempat singgah kedai borong keropok leko! Sedap woo dan kami jugak sambung berpicnic + mandi manda dekat Tanjung Leman *wink

Eh, sempat jugak singgah Air Papan :P

Dekat je dari Fishing Bay ni, singgah sekejap :D
Jalan nak ke Teluk Buih
Group kami ni agak beruntung sebab! Kami dapat chalet menghadap ke laut eh teluk. Kami tukar chalet ke vvip sebab chalet kami duduk before ni blackout! Tehee!

Dari Chalet!
Belakang Chalet
Hari 2 dari 5.30 pagi ni haa..
Ok! tengok gambar je la ea..Maaf, quality gambar tak cantik tapi boleh la dari tak ada :D




Beli keropok leko dekat kedai ni..








Overall Fishing Bay, Teluk Buih ni ok la. Tempat cantik, dan kecil sebenarnya. Ini paling utama, please maintained kan selalu, selari dengan harga chalet-chalet yang agak pricey. (^_^)V

5/10  

Alamat :
Fishing Bay Resort
Lot 525, Teluk Buih, 
Air Papan, 86800 Mersing, 
Johor Darul Takzim.
07-799 6753

Bye!